ARTIKEL

KICF himpun 200 kucing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Festival Kucing Antarabangsa Kuching (KICF) 2026 pada 3 dan 4 Oktober lepas di Tebingan Kuching.

Festival berkenaan merupakan antara program sempena Pesta Kuching 2026 dan diadakan bagi meraiakan identiti Kuching sebagai “Bandar Raya Kucing”, selain menghimpunkan pencinta kucing, keluarga, pempamer serta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Penganjuran KICF 2026 turut menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan bandar raya Kuching serta memupuk rasa kasih sayang dan keprihatinan terhadap haiwan.

Dua program utama yang bakal menjadi tumpuan ialah WCF International Cat Show dan MY Cat Expo 2026.

WCF International Cat Show dijangka menghimpunkan kira-kira 200 kucing daripada pelbagai baka dengan penyertaan pemilik dan pembiak baka dari Malaysia serta luar negara, termasuk Vietnam, Thailand, China, Brunei, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Pertandingan berkenaan diadili tiga juri antarabangsa, iaitu Kaai Du Plessis dari Belanda, Tatjana Cernova dari Latvia dan Thomas Hamman dari Jerman.

Selain memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat pelbagai baka kucing dengan lebih dekat, program tersebut turut membuka ruang kepada pemilik dan pembiak baka untuk berkongsi pengalaman serta mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti pencinta kucing tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu, MY Cat Expo 2026 pula menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kucing serta haiwan peliharaan, selain jualan makanan, minuman dan produk lain.

Meow Fiesta turut menghimpunkan 41 reruai yang terdiri daripada 13 reruai makanan dan minuman, 11 reruai berkaitan kucing dan haiwan peliharaan serta 17 reruai pelbagai jualan.

Penganjuran festival berkenaan turut membuka peluang kepada peniaga dan usahawan untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka kepada pengunjung, sekali gus membantu menjana pendapatan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

DBKU berharap KICF 2026 dapat terus menghidupkan suasana bandar raya menerusi program yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Festival tersebut juga selaras dengan aspirasi DBKU untuk membentuk bandar raya penyayang yang didukung oleh komuniti prihatin serta mengamalkan nilai belas ihsan terhadap setiap kehidupan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan