ARTIKEL

Kidung Pujangga Nukilan Aqilah Huda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AROMA DUA DAPUR

Di dapur rumah tua yang berdinding
papan
asap kayu getah membubung perlahan
membawa cerita dari dua tebing yang
berbeza
di atas bara api yang menyala merah
batang buluh berisi ayam pansuh dan
daun bungan
meletup manja, melepaskan wangi
hutan yang murni.
Di meja sebelah
jemari tua sibuk menggentel tepung
dan gula apong
menghasilkan kuih penyaram yang
mekar meliuk di dalam kuali
bau kunyit, halia dan tumisan rempah
ratus
bersatu sebati dengan aroma asam
durian

tiada resipi yang bertembung
tiada rasa yang cuba menenggelamkan.
Di sinilah kami menghimpun rindu
di antara pinggan seramik tua dan
dulang mengkuang
tidak perlu bahasa yang rumit untuk
difahami
dalam setiap suapan pulut dan hirupan
kuah
ada rasa hormat yang ditenun halus
ada kasih sayang yang masak ranum.
Dapur ini tidak pernah bertanya
dari mana darahmu mengalir
ia hanya tahu menghangatkan perut
yang lapar
dan menyatukan hati yang pulang.
Kampung Alai, Melaka.

BICARA SEBUTIR GARAM

Di dalam tempayan tua, garam tetap
membisu
larut tanpa suara di dalam kuali yang
mendidih
menyerahkan rasa demi
menyempurnakan hidangan
tanpa pernah meminta nama disebut
dan dikenang.
Ia mengajar tentang seni berbakti yang
tulus
larutkan diri demi memberi nikmat
kepada yang lain

kerana kebaikan yang paling tinggi
nilainya
ialah yang hadir tanpa menagih
pembalasan.
Maka, biarlah hidup ini seperti sebutir
garam
menyelinap di celah rasa yang hambar
dan tawar
menjadi pengikat yang menyatukan rasa
di sekeliling meja tempat kita berkongsi.
Kampung Alai, Melaka.

GERIMIS DI BALIK JENDELA

Di sebalik cermin yang dibasahi
gerimis
waktu mengalir tanpa sempat
dipesan
meninggalkan dingin pada jemari
yang pernah menggenggam erat
sebuah janji.
Ada musim datang membawa
bunga
ada waktu pergi menyapu bayang
namun di celah titis yang jatuh
kenangan enggan menjadi debu.
Kita belajar memeluk sunyi yang
singgah
menjahit kembali cebisan hari yang
koyak
kerana di balik selimut malam yang
panjang
cahaya tetap setia menunggu
pulang.
Kampung Alai, Melaka.

BERITA LAIN

Nasi beriani OKU

HARI ini hari Ahad. Amat bercadang untuk mengajak suri dan anakanaknya makan di luar. “Ayah rasa nak makan pais ikan pari lah hari ni…,” “Alaa…adik

Ceritera rumah panjang Penan di Taman Negara Niah

SEMASA berkunjung di kawasan Taman Negara Niah, saya telah berjalan-jalan bersama-sama rombongan yang lain. Saya anggarkan semua karyawan yang menyertai rombongan itu lebih kurang seramai

BERITA TERBARU