ARTIKEL

Nasi beriani OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARI ini hari Ahad. Amat bercadang untuk mengajak suri dan anakanaknya makan di luar.

“Ayah rasa nak makan pais ikan pari lah hari ni…,” “Alaa…adik ada assigment lah ayah nak disiapkan…Isnin dah nak kena hantar…” sampuk anaknya Husna dengan nada kecewa.

Amat cuma tersenyum mendengar alasan anak bongsunya itu.

Terasa juga geram sebab tabiat suka lewat siapkan tugasan.

Tapi kadangkadang terasa simpati juga.

“Tak apalah lain kali kita pergi…”

“Nanti ayah carikan nasi bungkus sahajalah yer…”

Kata suriku sambil menjeling manja pada anak gadisnya.

Destinasi pertama mereka tiga beranak menuju ke pusat kiriman barang.

Selesai di situ mereka menuju pula ke sebuah pasar raya untuk mencari barang-barang keperluan harian.

Beli ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, roti dan lain-lain.

Bekalan untuk seminggu.

Tengah hari itu cukup panas.

Walaupun kereta memiliki pendingin hawa namun bahangnya tetap terasa.

Hakikatnya dunia memang semakin panas.

Dalam perjalanan nampak ada peniaga cendol berniaga di bahu jalan.

Amat singgah. Surinya turun untuk mendapatkan cendol kegemaran mereka sekeluarga.

Perjalanan diteruskan dan Amat memilih untuk ke sebuah gerai yang terletak di tepi laluan rumah kedai BBJG.

‘NASI BERIANI OKU’ terpampang nama di kain rentang yang dipasang keliling gerai. Kebetulan ketika kehadiran Amat tiada pelanggan di gerai itu.

“Assalamualaikum…,” sapa Amat setiap kali tiba di manamana gerai sekalipun.

“Bagi nasi 4 bungkus…,” kata Amat “Acik nak ayam apa…ayam goreng…ayam masak madu… ayam masak merah?”

Tanya gadis pelayan di situ mesra.

“Saya nak ayam madu…tapi asingkan…boleh yer…” pinta Amat.

Gadis itu mengangguk tanda boleh.

Tangannya pantas menyiapkan bungkusan nasi, acar dan ayam masak madu.

Amat meneliti kod QR yang terpampang di situ sambil menekan telefon pintarnya untuk membuat bayaran.

“Berapa semua?” tanya Amat sambil matanya terus tertancap pada skrin telefon.

“32” jawab gadis pelayan manis berkulit cerah itu.

“Cikgu masih mengajar lagi…” Tiba-tiba pertanyaan itu kedengaran.

Datangnya dari seorang pemuda.

Bila memandang wajahnya Amat sudah cukup mengenali.

Wajahnya tak banyak berubah.

Kenangan Amat mengimbau 20 tahun yang lalu.

Ketika itu pemuda yang memiliki gerai itu merupakan seorang pelajar kelas Pendidikan Khas di sekolah tempat Amat bertugas.

Setiap kali ada waktu terluang pasti Amat ke kelas tersebut meninjau dan menyapa anak pelajar di situ.

Amat rasa terhibur melihat gelagat mereka.

Amat bangga dengan anakanak ini.

Walau kekurangan mental tetapi mereka tetap tabah untuk mencari ilmu.

Sebab itu wajah pemuda itu masih kekal di ingatan Amat.

“Ehhh…kamu masih kenal cikgu lagi yer…?”

Amat pulak yang bertanya tanpa memberikan jawapan kepada persoalannya terlebih dahulu.

Amat tersenyum memandang pemuda itu.

Sememangnya gerai itu adalah miliknya kerana terpampang OKU.

Setelah selesai membuat bayaran secara atas talian dan menunjukkan buktinya Amat teruja untuk bersembang dengan pemuda itu.

“Ya cikgu masih mengajar lagi…di matrikulasi, gambang…”

“Ooo…saya ingat cikgu dah pencen.”

“Macam mana kamu masih kenal dengan cikgu?”

“Siapa yang tak ingat cikgu yang paling garang di sekolah…,” katanya sambil ketawa kecil.

“Yelah,cikgu…setiap masa pegang rotan jer…semua budak takut…”

“Bukan takut…tapi hormat”

“Ya betul tu cikgu…” “Macam mana dengan perniagaan?” tanya Amat mesra.

“Alhamdulillah, cikgu. Amat sekadar bertanya.

Sebenarnya dia tahu perniagaan pemuda itu dalam keadaan baik.

Ramai juga pelanggan yang datang.

Tambahan lagi tidak mungkin perniagaannya mampu bertahan selama ini jika tidak mendapat sambutan.

Mungkin ada beberapa faktor.

Mungkin disebabkan orang ramai kasihan kerana pemuda itu seorang OKU.

Mungkin juga kerana rasa masakannya boleh diterima oleh ramai pelanggan.

Amat menamatkan perbualan sambil mengucapkan semoga pemuda itu dimurahkan rezeki dalam perniagaan.

“Terima kasih cikgu sebab datang ke gerai saya…” ucapnya sebelum Amat melangkah pergi.

Amat tak mahu mengganggu dia kerana ketika itu ada tiga orang pelanggan berada di gerai itu.

Amat cukup bangga melihat seorang anak kecil OKU ‘masalah pembelajaran’ yang dulunya serba kekurangan daripada aspek intelek akhirnya tetap berjaya membina kehidupan.

Dia berjaya membangunkan perniagaan sendiri.

Walaupun kecil tetapi bukti bahawa dia mampu berdikari.

Amat yakin bukan mudah.

Sebenarnya sudah lama Amat perhatikan dan beberapa kali singgah membeli.

Cuma kali ini kebetulan tiada pelanggan dan mereka sempat saling menyapa.

Rezeki itu ada di mana-mana untuk yang berusaha dan sabar.

BERITA LAIN

Kidung Pujangga Nukilan Aqilah Huda

AROMA DUA DAPUR Di dapur rumah tua yang berdindingpapanasap kayu getah membubung perlahanmembawa cerita dari dua tebing yangberbezadi atas bara api yang menyala merahbatang buluh

Ceritera rumah panjang Penan di Taman Negara Niah

SEMASA berkunjung di kawasan Taman Negara Niah, saya telah berjalan-jalan bersama-sama rombongan yang lain. Saya anggarkan semua karyawan yang menyertai rombongan itu lebih kurang seramai

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai