ARTIKEL

Haziq Ahmad Zaki

Ceritera rumah panjang Penan di Taman Negara Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMASA berkunjung di kawasan Taman Negara Niah, saya telah berjalan-jalan bersama-sama rombongan yang lain.

Saya anggarkan semua karyawan yang menyertai rombongan itu lebih kurang seramai lima puluh orang, termasuk sahabat saya Ustaz Faizal. 

Saya sengaja berjalan di belakang Ustaz Faizal dan dalam masa yang sama turut diiringi oleh para karyawan yang lain untuk ke sebuah rumah panjang kaum Penan. Kami semua berjalan di atas sebuah titi jambatan untuk ke rumah panjang itu. 

Yang lebih unik ialah di kawasan Taman Negara Niah itu, saya dan beberapa karyawan telah masuk ke dalam sebuah rumah panjang kaum Penan.

Lebih menarik lagi, rumah panjang tersebut mempunyai tujuh puluh satu pintu. 

Ustaz Faizal duduk bersebelahan dengan saya. Saya hampir tergelak dan ketawa apabila selepas menikmati makan tengah hari, kami semua disuruh untuk menari tarian tradisi kaum Penan.

Apalagi, saya adalah antara peserta yang telah dipilih untuk menari.

Oleh kerana menjaga batas, pergaulan serta had keperluan selain untuk bersuka ria dan menjaga batas sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama, saya tidak memakan makanan yang tidak halal dan dalam pada masa yang sama saya tidak meminum air tuak. 

Saya hanya menari untuk memberikan penghormatan kepada pihak tuan rumah yang telah menerima kami semua dan dalam masa yang sama, mereka semua memahami kerana saya seorang Melayu Islam yang berpegang kepada prinsip rukun Islam dan rukun Iman yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Bagi menzahirkan penghormatan, saya turut menari walaupun pada hakikatnya saya tidak pandai menari, tetapi ada seorang penari lelaki mengajar saya untuk mengikut rentak tarinya itu. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga rumah panjang etnik Penan yang telah menerima kami dan dalam pada masa yang sama kami telah mengeratkan silaturrahim dan menerima kepelbagaian kaum dan agama di Bumi Kenyalang. 

Mereka menghormati agama saya sebagaimana saya juga menghormati agama dan bangsa mereka. 

Saya telah menjadikan pengalaman melawat rumah panjang etnik Penan sebagai muhasabah diri betapa pentingnya silaturrahim dan semangat persaudaraan sesuai dengan kehidupan di negeri kita yang pelbagai kaum dan agama dan dalam pada masa yang sama saling hormat menghormati dan saling meraikan bersama.

4 Ogos 2026

Seri Autisme

Petra Jaya, Kuching

BERITA LAIN

Nasi beriani OKU

HARI ini hari Ahad. Amat bercadang untuk mengajak suri dan anakanaknya makan di luar. “Ayah rasa nak makan pais ikan pari lah hari ni…,” “Alaa…adik

Kidung Pujangga Nukilan Aqilah Huda

AROMA DUA DAPUR Di dapur rumah tua yang berdindingpapanasap kayu getah membubung perlahanmembawa cerita dari dua tebing yangberbezadi atas bara api yang menyala merahbatang buluh

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai