ARTIKEL

Kilang kayu hampir musnah dijilat api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebuah kilang kayu di Jalan Ting Sing, hilir Sungai Bidut dekat sini nyaris musnah dalam kejadian kebakaran pada malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu PgKB I Ts Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian oleh orang awam pada jam 9.08 malam.

Sejurus itu, katanya, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu dengan 27 anggota bomba beserta aset masing-masing telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, setelah membuat ‘size up’ didapati kebakaran melibatkan longgokan tayar terpakai yang berada di bahagian dalam dan luar kilang kayu yang sedang marak terbakar.

“Kebakaran juga telah merebak ke timbunan kayu yang telah siap diproses yang berada berhampiran longgokan tayar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Andy berkata, keluasan kawasan yang terlibat dengan kebakaran adalah 10 x 5 meter dan peratusan kebakaran adalah sebanyak 9 peratus iaitu 260 meter persegi dari keseluruhan saiz bangunan 3,000 meter persegi.

Beliau berkata, anggota bomba telah menggunakan konsep ‘Receo’ dengan membuat pemadaman menggunakan dua aliran 500 kaki empat nozzle pam jentera dan air pili bomba.

“Tindakan operasi menggunakan kaedah ‘offensive’ dengan kesemua nozzle pam masuk ke dalam bangunan untuk membuat pemadaman dan mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur bangunan.

“Selepas kebakaran berjaya dikawal, anggota bomba kemudian mengalihkan longgokan tayar bagi memudahkan pancutan air masuk ke bahagian punca api dalam longgokan tayar.

“Komander operasi juga memohon bantuan ‘Fork Lift’ kilang terbabit bagi membantu mengalihkan timbunan kayu bagi memudahkan lagi operasi pemadaman,” katanya.

Menurutnya lagi, setelah kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan memastikan keadaan benar-benar selamat serta tiada lagi punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, pasukan bertolak balik ke balai.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.50 malam, ujar Andy sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian.

Beliau juga menambah punca kejadian dan nilai kerugian masih lagi dalam siasatan.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu