ARTIKEL

KIMI TOMAS cipta legasi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM era kepimpinan wanita yang semakin menyerlah, nama pemenang utama Mrs. Global Asian 2023, Kimi Tomas, terus bersinar sebagai lambang dedikasi, kecekalan dan sumber inspirasi kepada orang ramai.

Terbaharu, beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Wilmington, Amerika Syarikat.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah turut mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis konvokesyennya berlangsung dengan penuh meriah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 21 Jun lalu.

Sebagai anak jati Sarawak, Kimi berpegang teguh pada prinsip bahawa pendidikan ialah asas kemajuan individu dan masyarakat.

Menerusi advokasinya dalam bidang tersebut, beliau aktif memberikan inspirasi kepada wanita dan golongan profesional untuk terus menimba ilmu tanpa mengira usia atau halangan hidup.

Kini, langkah Kimi semakin melangkaui sempadan apabila beliau mula bekerjasama dengan saintis dan pakar perubatan dalam bidang kesihatan dan kecantikan.

Kerjasama tersebut menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi kesihatan regeneratif, kecantikan berasaskan sains, serta penyelesaian inovatif yang menyokong gaya hidup sihat dan proses penuaan secara sihat (anti-penuaan).

Usaha ini bukan sahaja menjadikan beliau sebagai peneraju dalam industri kecantikan moden, malah mengukuhkan peranannya sebagai jambatan antara ilmu, sains, dengan kesejahteraan manusia.

Sumbangan Kimi dalam bidang perniagaan, pendidikan, kesihatan, dan kecantikan menjadikan beliau antara anak jati Sarawak yang aktif mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa.

Daripada dunia akademik ke pentas korporat, daripada arena ratu cantik ke gelanggang advokasi wanita, Kimi merupakan simbol keupayaan wanita moden yang serbaguna, berpandangan jauh, dan berani mencabar batas kebiasaan.

“Saya tidak mahu berjaya seorang diri. Saya mahu lebih ramai wanita bangkit, belajar dan percaya bahawa mereka juga mampu mencipta legasi sendiri,” ujarnya penuh semangat. Selain itu, Kimi turut aktif mempromosikan kek lapis Sarawak serta minyak wangi berasaskan lada hitam Sarawak ketika acara Hyperfest yang diadakan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal dari Semenanjung seperti Han Budak Cina, Ako Mustapha, Dilla Ahmad, XPDC, Ukays, Cat Farish, Shikin Maembong dan ramai lagi dalam menjayakan acara tersebut. simbol keupayaan wanita moden yang serbaguna, berpandangan jauh, dan berani mencabar batas kebiasaan.

“Saya tidak mahu berjaya seorang diri. Saya mahu lebih ramai wanita bangkit, belajar dan percaya bahawa mereka juga mampu mencipta legasi sendiri,” ujarnya penuh semangat. Selain itu, Kimi turut aktif mempromosikan kek lapis Sarawak serta minyak wangi berasaskan lada hitam Sarawak ketika acara Hyperfest yang diadakan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal dari Semenanjung seperti Han Budak Cina, Ako Mustapha, Dilla Ahmad, XPDC, Ukays, Cat Farish, Shikin Maembong dan ramai lagi dalam 

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU