ARTIKEL

Kira-kira 160 sekolah di Ireland Utara terima ancaman bom, sebahagian dikosongkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Kira-kira 160 sekolah di seluruh Ireland Utara menerima ancaman bom melalui e-mel pada Isnin, sekali gus menyebabkan pengosongan dan penutupan sekolah, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menteri Pendidikan Ireland Utara Paul Givan berkata e-mel berkenaan mendakwa bahan letupan diletakkan di dalam bangunan sekolah.

Givan berkata ancaman itu tidak dianggap berasas, meskipun mencetuskan kebimbangan meluas dan mengganggu aktiviti pendidikan.

Beberapa sekolah, termasuk Sekolah Rendah St Colman’s di Lambeg dan Sekolah Rendah Greenisland, dikosongkan susulan ancaman berkenaan.

Perkhidmatan Polis Ireland Utara mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai e-mel berunsur ancaman yang dihantar kepada beberapa sekolah dan sedang menjalankan siasatan segera.

Polis berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan sekolah yang terjejas dan akan mengeluarkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.

Pihak Berkuasa Pendidikan Ireland Utara memaklumkan bahawa pihaknya sedang berhubung dengan polis dan mengeluarkan panduan kepada sekolah, selain terus memberikan sokongan kepada pihak pengurusan sekolah, kakitangan, pelajar dan keluarga mereka.

Asal usul e-mel berunsur ancaman itu masih belum diketahui. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lagu SAL PRIADI raih pencalonan

PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Sal Priadi, menarik perhatian apabila lagu tema  lem Monster Pabrik Rambut berjudul Kepala, Pundak, Kerja Lagi menerima pencalonan dalam