ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Timbalan Pengarah (Akademik) Ts. Aidawati Mustapha merakam kenangan bersama-sama pelajar baharu sesi I 2025/ 2026 semasa Majlis Penutup MTS, baru-baru ini.

Kisah Afnan, Kamarul jadi inspirasi pelajar Politeknik Kuching Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kisah inspirasi dua pelajar baharu dengan latar belakang berbeza mencuri perhatian pada permulaan Sesi I 2025/ 2026 di Politeknik Kuching Sarawak.

Salah seorang pelajar, Wan Afnan Faiz Wan Hasiman, 18, berkata, dia hampir membatalkan hasta untuk menyambung pengajian di Politeknik Kuching Sarawak kerana kekangan tertentu.

“Namun, berkat doa ibu dan sokongan sukarelawan yang membantu, saya kini berada di Politeknik Kuching Sarawak sebagai pelajar Jabatan Kejuruteraan Petrokimia.

“Saya bersemangat memulakan kehidupan di tempat dan negeri baharu,” katanya.

Afnan yang juga berasal dari Sekinchan, Selangor berharap mendapat keputusan cemerlang demi mengubah kehidupan dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sementara itu, Kamarul Ariffin Marsit, 43, Pegawai Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Jabatan Perangkaan Malaysia kembali ke kuliah selepas 18 tahun berkhidmat dan menurutnya ia satu langkah besar.

“Berbekalkan penajaan kerajaan untuk penjawat awam kumpulan sokongan, saya memilih program Diploma Geomatik kerana ia relevan dengan bidang tugas.

“Saya ingin memberi contoh kepada anak-anak bahawa pendidikan ialah kunci kejayaan walau dalam apa-apa jua keadaan.

“Bukan itu sahaja, sokongan penuh daripada keluarga juga menjadi sumber kekuatan utama saya,” katanya.

Kamarul Ariffin

Sehubungan itu, Unit Komunikasi Korporat Politeknik Kuching Sarawak dalam satu kenyataan, hari ini, berkata, kedua-dua pelajar ini merupakan sebahagian daripada 1,169 pelajar baharu yang menyertai Minggu Transformasi Siswa (MTS).

Program pengenalan selama seminggu ini membantu pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di Politeknik Kuching Sarawak, sekali gus memahami budaya kampus dan membina rangkaian persahabatan baharu.

Justeru, kisah Afnan dan Kamarul menjadi bukti bahawa semangat untuk menimba ilmu tidak mengenal usia atau cabaran, asalkan mempunyai keberanian untuk melangkah dan keazaman untuk berjaya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan