ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Kisah dongeng Fluminense gegar pentas dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Kelab bola sepak Brazil, Fluminense, yang enam bulan lepas bergelut mengelak penyingkiran ke divisyen kedua, melakukan kejutan dengan mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab, bakal menentang Chelsea dalam usaha meneruskan ‘cerita dongeng’ mereka di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman dpa.

Kelab dari Rio de Janeiro itu merupakan satu-satunya kelab bukan Eropah yang mara ke peringkat ini dalam kejohanan yang diperbaharui formatnya.

“Tuhan telah memberkati kami dan membolehkan kami mengatasi saat sukar itu,” kata kapten veteran, Thiago Silva, menjelang pertemuan dengan Chelsea pada Selasa.

Pemain pertahanan berusia 40 tahun itu memainkan peranan penting membantu Fluminense mengelak penyingkiran dan kini mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab. Kemenangan ke atas Chelsea akan menyaksikan mereka menentang sama ada Real Madrid atau juara Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG).

Jurulatih Renato Portaluppi bergurau bahawa Fluminense adalah seperti “seekor itik hodoh” dalam kelompok elit ini. Namun dari sudut sukan, pasukan bukan pilihan ini telah layak untuk berada di pentas bola sepak berprestij ini.
“Ramai yang tidak percaya kepada kami, tetapi kini kami berada di separuh akhir. Fluminense kini antara empat pasukan terbaik dunia,” kata Portaluppi.

“Saya selalu ingatkan pemain, ‘Jangan tangguhkan apa yang boleh dicapai hari ini.’ Siapa tahu bila peluang seperti ini akan datang lagi?” katanya lagi.

Bagi Thiago Silva, ini juga merupakan pertemuan semula dengan masa lalunya. Beliau pernah bermain untuk Chelsea antara 2020 hingga 2024, memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab (format lama) pada 2021 di bawah jurulatih Thomas Tuchel.

Silva juga pernah beraksi di Eropah bersama AC Milan dan PSG, antara lain. Namun, tahun lepas beliau pulang ke kelab kampung halamannya, Fluminense.

“Beliau adalah sebuah fenomena. Beliau mempunyai pengalaman luas dan menjadi lanjutan jurulatih di atas padang,” kata Portaluppi. — BERNAMA

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,