ARTIKEL

Sagah ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Pertandingan Inovasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Kota Samarahan (PinKS@UiTM 2025) di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan, hari ini.

Kita kehilangan pemimpin yang berjiwa lembut — Roland Sagah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa lembut dan penyabar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, berita pemergian Allahyarham Abdullah sangat menyedihkan.

“Bagi saya kita kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa lembut, bukan sekadar seorang ‘gentleman’ tetapi benar-benar berjiwa besar.

“Saya percaya beliau juga seorang yang sangat penyabar dan mempunyai pengalaman luas dalam dunia politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Pertandingan Inovasi Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Kota Samarahan (PinKS@UiTM 2025) di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan, hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah sebagai pemimpin yang mempunyai ketabahan dalam menghadapi cabaran pentadbiran dahulu.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah