ORANG ramai dialu-alukan menyertai Program Pembelian Balik Minyak Masak Terpakai sepanjang Mei di beberapa lokasi terpilih sekitar bandar raya ini.
Program tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai mengitar semula minyak masak terpakai di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.
Melalui inisiatif itu, peserta hanya perlu membawa minyak masak terpakai yang telah ditapis untuk dijual, dengan bayaran diberikan berdasarkan berat minyak yang dikumpul.
Program berkenaan akan berlangsung pada empat tarikh dan lokasi berbeza, iaitu pada 3 Mei di pekarangan parkir berhampiran BS Supermarket, Jalan Depo; 10 Mei di hadapan ZUS Coffee, Bandar Baru Samariang; 17 Mei di pekarangan parkir berhampiran Proton Metrocity; serta 24 Mei di perkarangan parkir Emart Xpress, Taman Sukma.
Orang ramai digesa tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini, sekali gus menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau.


