Trending

K’jaan akan selaras sesi kaunseling agar mudah diakses – Fatimah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sesi kaunseling perlu diselaras agar lebih mudah diakses terutama oleh golongan remaja.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini pihaknya turut mempunyai perkhidmatan kaunseling secara atas talian yang boleh diakses golongan ini.

“Perkhidmatan kaunseling secara atas talian yang ada termasuklah JWKS Helpline, Welfare Helpline, SWWS Helpline dan Persatuan Kesihatan Mental.

“Sekiranya ibu bapa sedar yang anak mereka, terutamanya kalangan remaja mengalami tekanan, mereka harus segera mendapatkan kaunseling,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak bagi mengulas insiden seorang remaja perempuan yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan di Bandar Baru Batu Kawah, di sini pada Selasa.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan memuat naik satu undian dalam Instagramnya pada jam 3 petang dengan status “Really Important, Help Me Choose D/L” yang membawa maksud D (mati) dan L (hidup).

Sebanyak 69 peratus rakan Instagram memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L.

Tambah Fatimah, rakan-rakannya yang mengundi D tidak terfikir bahawa perbuatan mereka itu boleh mengundang padah.

“Saya harap mereka belajar daripada kesilapan terbabit dan lebih sensitif serta bertanggungjawab dengan tindakan diambil pada masa akan datang.

“Mula-mulanya dianggap sebagai gurauan tetapi bertukar menjadi tragedi,” tegasnya.

Ujarnya, remaja kini gemar bergurau dengan rakan-rakan mereka menerusi aplikasi media sosial yang boleh menyebabkan mangsa malu, tertekan, kemurungan serta ingin membunuh diri.

“Masyarakat harus peka dengan keadaan ini dan ibu bapa perlu memantau perubahan sikap anak mereka,” tambahnya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru