ARTIKEL

K’jaan S’wak agih 139,797 pek makanan, di 580 lokasi terjejas pandemik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejak pandemik Covid-19 melanda negeri ini pada Mac tahun lalu, sejumlah 139,797 pek makanan diagihkan di 580 lokasi seluruh Sarawak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia melibatkan kos RM9,078,555.26 yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Pek makanan yang diagihkan itu juga termasuk semua rumah panjang di seluruh negeri yang terjejas dan di daerah saya diagihkan ke Sungai Ud, Dalat,” katanya.

Ujar Fatimah, sehingga 21 Mac lalu, terdapat empat kawasan dikenakan PKPD di negeri ini iaitu Kampung Sungai Maong, Kuching; Kampung Emperoh Jambu, Kuching; Kampung Tringgus, Bau dan Kampung Bintawa Ulu dan Tengah, Kuching.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mac 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan