K’jan Negeri tunaikan janji bantu lunaskan sebahagian hutang PTPTN pelajar S’wak

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak hanya bercakap kosong apabila menyerahkan cek bernilai RM30 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai usaha membantu meringankan beban hutang peminjam anak Sarawak kepada tabung itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu diberikan selepas mengambil kira maklum balas yang diterima pada sesi town hall di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Ketika sesi tersebut ramai anak Sarawak memberitahu mereka dihalang untuk ke luar negara akibat dibelenggu hutang PTPTN dan ketika itu, Abang Johari berjanji untuk membantu pelajar Sarawak menjelaskan sebahagian daripada hutang mereka pada PTPTN.

Katanya lagi, pembayaran tersebut bertujuan menjelaskan 30 peratus baki hutang pelajar dengan syarat 30 peratus daripada hutang berkenaan telah dijelaskan oleh pelajar sendiri.

Susulan itu satu memorandum persefahaman antara Yayasan Sarawak dan PTPTN diadakan.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mac 2021

Suara Sarawak