ARTIKEL

Facebook Fahmi Fadzil

KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mendapat maklumat asas soal demografi dan barangan yang dijual menerusi platform itu, selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok pada Khamis lepas.

“Saya ada minta beberapa perbincangan susulan sebab maklumat perlu lebih terperinci dan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain kerana dari segi bidang kuasa KKD dan MCMC lebih kepada kawal selia penggunaan rangkaian.

“… tetapi ada beberapa perkara lain di bawah bidang kuasa seperti contoh KPDN dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kita akan adakan perbincangan sebelum kita rumuskan tindakan kerajaan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU