ARTIKEL

KKM minta orang ramai terus derma darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPING: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai untuk terus menderma darah, bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi terutamanya bagi kegunaan pada waktu kecemasan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kesedaran rakyat mengenai pentingnya menderma darah perlu sentiasa ditingkatkan, meskipun bekalan darah di tabung darah di semua hospital di negara ini mencukupi, termasuk semasa mengendalikan pandemik COVID-19.

“Hanya 2.2 peratus dari populasi rakyat negara ini merupakan penderma darah dan kesedaran tentang kepentingan menderma darah secara berterusan perlu ada, kerana transfusi darah tidak hanya berlaku semasa bencana sahaja.

“Kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kritikal darah diperlukan dari penderma. Darah juga mempunyai tarikh luput bagi sel darah merah antara 45 hingga 50 hari, semasa di dalam simpanan Tabung Darah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Seramai 64 orang penderma darah menerima sijil penghargaan pada majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, di sini.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,