ARTIKEL

KKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI BULOH: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
“Saya mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada mereka (keluarga mangsa),” katanya ringkas kepada pemberita semasa menziarahi keluarga mangsa kes pembunuhan itu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini. 

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas dan mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang pada Isnin. 

Susulan itu, lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lukanisman juga berharap, siasatan kes pembunuhan itu dapat dijalankan secara adil dan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, memaklumkan jenazah adiknya dikebumikan selepas solat Asar di Pekan, Pahang selain turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.
– Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha