ARTIKEL

Antara pelajar yang mengikuti kursus yang disediakan Kolej Komuniti Sarikei.

KKSR, Joy Bakery laksana kerjasama latih pelajar kulinari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kolej Komuniti Sarikei (KKSR) terus memperkasa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan menjalin kerjasama strategik bersama syarikat tempatan, Joy Bakery Sdn. Bhd., menerusi program Industry on Campus (IOC) yang bermula hari ini.

Program yang bertujuan memperkasa latihan kemahiran pelajar itu menyaksikan Joy Bakery diberi peranan penting dalam memperkenalkan pengalaman industri sebenar ke dalam sistem pembelajaran kolej.

Sebagai simbolik permulaan kerjasama, Timbalan Pengarah KKSR, Ting Ee Lee menyerahkan surat pelantikan rasmi kepada Pengurus Sumber Manusia Joy Bakery, Chua Sheau Ching, selaku tenaga pengajar industri pertama yang akan membimbing pelajar di kampus itu.

Menurut Ting, penglibatan langsung industri dalam pembelajaran bukan sahaja meningkatkan daya saing graduan, malah memberi kelebihan dari segi kemahiran praktikal yang dituntut dalam pasaran kerja hari ini.

“Kerjasama ini adalah jambatan antara teori dan amalan sebenar. Pelajar bukan sekadar belajar di bilik kuliah, tetapi turut mendapat tunjuk ajar terus daripada pakar industri,” katanya.

Seramai 12 pelajar Sijil Kulinari KKSR menyertai sesi pertama IOC dengan fokus kepada teknik penggunaan produk yis dalam penyediaan roti Perancis, French Baguette.

Sesi tersebut dikendalikan bersama Chua dan pensyarah kursus, Muhammad Shahrul Mohd Suleiman.

Menerusi pendekatan secara langsung (hands-on), para pelajar terlibat dalam keseluruhan proses pembuatan, bermula daripada penyediaan adunan hingga ke peringkat akhir pembakaran roti, sekali gus memberi gambaran jelas suasana sebenar di dapur industri.

Sementara itu, Chua berkata Joy Bakery komited menyokong pembangunan bakat muda tempatan, khususnya dalam bidang kulinari, selaras dengan permintaan industri yang semakin mencabar.

Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak peluang latihan dan kerjaya kepada pelajar serta menjadi contoh kerjasama TVET-industri yang berkesan di Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu