KL tumbangkan Sarawak United FC 1

Skuad Sarawak United FC 1 (SUFC 1) tewas 2-1 kepada Kuala Lumpur dalam aksi persahatan pramusim di Stadium KL malam tadi.

KL membuka tirai jaringan menerusi pemain import Paulo Josue tiga minit sebelum rehat.

Namun SUFC 1 menyamakan kedudukan melalui Ashri Chuchu pada minit ke-50.

KL kembali di depan 12 minit kemudian menerusi seorang lagi bintang import, Francis Kone. SUFC 1 cuba bangkit lagi, namun menemui jalan buntu.

Kedudukan kekal hingga ke detik penamat.

SUFC 1 turut menurun bekas penyerang Malaysia, Amri Yahyah serta dua bekas pemain Selangor.

SUFC 1 akan menentang PDRM Ahad ini dan akan menentang Felda pada 30 Januari.

Ia merupakan antara persiapan fasa akhir SUFC 1 yang dibimbing oleh jurulatih dari Sepanyol, Juan Carlos Magro.

Barisan utama skuad Sarawak United FC 1

Suara Sarawak