ARTIKEL

Kluster Pasai terus menghantui Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kluster Pasai terus menghantui Sarawak apabila penularannya begitu meluas, sekali gus menyumbang kes positif Covid-19 terbesar.
Berdasarkan laporan harian Covid-19 oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini, di Sibu sahaja, 34 daripada 43 kes yang dicatatkan di daerah ini adalah melibatkan kluster Pasai.
Malah, katanya kluster ini juga membawa dua kes di Beluru dengan satu kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Sibu dan satu kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
Begitu juga di Julau, apabila dua kes melibatkan kluster pasai.
Manakala di Meradong, satu daripada dua kes yang dicatatkan adalah melibatkan kluster Pasai yang dikategorikan sebagai kes Import C dari Sibu.
Selain itu, kluster ini juga mencatatkan satu kes masing-masing di Dalat, Bintulu, Kapit dan Belaga.
Di Miri pula, tiga daripada enam kes yang dicatatkan dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan apabila melibatkan saringan individu yang bergejala.
Sementara tiga kes lagi masing-masing melibatkan kluster Jelita, Bah Sayap dan saringan individu bergejala yang datang dari Kuching.
Di Kuching, satu daripada tiga kes yang dicatatkan adalah melibatkan individu yang disaring kerana mempunyai kontak kepada kes positif Covid-19.
Sementara satu kes masing-masing melibatkan individu yang disaring kerana mempunyai tanda dan gejala jangkitan Covid-19 serta individu yang balik dari kawasan berisiko jangkitan Covid-19 melibatan warga tempatan (Johor).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke