ARTIKEL

KM bertemu PM bincang MA63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secepat mungkin bagi membincangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau menyuarakan kepentingan MA63 kepada Muhyiddin pada mesyuarat kabinet pertama kelmarin dan keperluan melihat kembali Perkara 1(2) dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

“Secara prinsip Perdana Menteri bersetuju untuk memberi keutamaan kepada MA63 dimasukkan ke dalam Perlembagaan dan hak-hak Sabah dan Sarawak akan diberikan balik kepada negeri negeri ini seperti dipersetujui dahulu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca kabinet.

Fadillah juga Menteri Kerja Raya berkata, dari segi pentadbiran perkara itu sudah dipersetujui dan kini tumpuan adalah kepada aspek perundangan.

Perkara 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, menyentuh tentang Negeri-negeri Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak, manakala Perkara 160 perlembagaan yang sama pula mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk definisi Persekutuan itu sendiri.

Terdahulu Muhyiddin berkata, kerajaan bersetuju agar mesyuarat diadakan dengan Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak) bagi membincangkan beberapa perkara seperti MA63.

Ditanya sama ada perbincangan termasuk isu royalti minyak, Fadillah berkata, perkara itu akan dilihat berdasarkan Perlembagaan.

“Royalti minyak sesuatu yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini menyatakan akan memberikan 20 peratus royalti minyak dan mengembalikan 50 peratus cukai dikutip di Sabah dan Sarawak.

“Itu janji mereka dahulu. Yang itu bukan dalam konteks Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi yang penting adalah melihat kembali kepada MA63 untuk diiktiraf Kerajaan Persekutuan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

FTES perlu disusuli sokongan Kerajaan Persekutuan

KUCHING: Komitmen Sarawak membiayai pendidikan tinggi menerusi Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) perlu disusuli sokongan setara Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelajar Sarawak dan Sabah menikmati

BERITA TERBARU