ARTIKEL

Ashwad ketika ditemui media sebelum berangkat ke Hari Pers Nasional 2024 Indonesia, di sini, hari ini. 

Kod etika garis panduan pengamal media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka. 

Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata, kod etika ini juga menandakan satu titik penting sebagai refresher (perkara baharu) kepada wartawan.

“Ini kerana kod etika ini bukan satu perkara baru di peringkat global, tetapi untuk Malaysia adalah sebagai refresher memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini.

“Ia seperti dokumen ‘hidup’ yang sentiasa hidup dan diperbaharui dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui media sebelum berangkat ke Hari Pers Nasional 2024 Indonesia, di sini, hari ini. 

Beliau bersama 15 delegasi Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi Iswami Malaysia berada di Jakarta bagi memenuhi undangan sempena sambutan Hari Pers Nasional 2024, yang akan dihadiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.

Menjelas lanjut, katanya media ini ia tidak berdiri dengan sendirinya semata-mata tetapi ia berkait rapat dengan teknologi.

Baca lain  Remaja lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas dan dilanggar lori

“Dengan kemajuan teknologi pada masa ini, ia berkait rapat dengan wartswan…dan saya rasa itu merupakan satu perkara yang paling penting. Sebab ia adalah dokumen hidup bagi kita,” ujarnya. 

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini tidak akan mengongkong dan menyekat kebebasan bersuara media.

Sebaliknya, Fahmi berkata, kod etika yang telah diwujudkan sejak 1989 itu ditambah baik untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa dunia kewartawan dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Kod Etika Wartawan Malaysia telah wujud sejak tahun 1989.

BERITA LAIN

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan