ARTIKEL

Kolam takungan dibina di Desa Wira, atasi isu banjir jangka panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal membina kolam takungan bernilai RM64 juta sebagai lembangan tadahan air hujan untuk penyelesaian jangka panjang masalah banjir kilat di kawasan Taman Desa Wira, Batu Kawa, di sini.

Wakil kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Tan Kai berkata, pembinaan kolam antibanjir di bawah cadangan pelan tebatan banjir Batu Kawa itu merupakan penyelesaian paling bersesuai untuk menangani situasi banjir di Kampung Sinar Budi Baru dan Taman Desa Wira.

“Lokasi untuk pembinaan kolam takungan itu akan dikenal pasti dalam masa terdekat. Kolam tersebut akan mempunyai benteng, stesen pam dan sebagainya bagi menahan air hujan.

“Dalam masa yang sama kita akan memulakan pembinaan sistem perparitan. Justeru, diharap usaha ini dalam membantu menangani masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan ini khususnya apabila hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas pertemuan dengan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sebahagian penduduk Kampung Sinar Budi Baru di sini, semalam.

Menurutnya lagi, projek berkenaan akan mempunyai dua fasa pembinaan dan diharap para penduduk setempat dapat bersabar sementara menunggu projek tersebut dilaksanakan.

Sementara untuk penyelesaian jangka pendek, katanya pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan akan mendalamkan serta melebarkan Sungai Maong Kanan yang berhampiran kawasan tersebut.

“Tetapi penyelesaian itu hanya boleh membantu sedikit, namun kami cuba sedaya upaya untuk membantu masyarakat menghadapi situasi banjir ini.

“Apa pun penyelesaian sementara yang ada, kita akan cuba laksanakan sebaik mungkin walaupun hanya beberapa peratus membantu mengurangkan risiko kerana kawasan ini rendah daripada aras sungai,” tambahnya.

Untuk rekod, Dr Sim pada awal bulan lalu memberitahu taman berhampiran Pine Square, MJC Batu Kawa di sini akan dijadikan taman tenggelam dengan penggunaan tambahan sebagai lembangan tadahan atau kolam antibanjir.

Katanya, beliau sudah meminta pihak JPS untuk melihat perkara tersebut sebagai salah satu usaha mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Batu Kawa apabila hujan terlalu lebah dan paras air sungai terlalu tinggi.

Jelasnya, ia bagi membolehkan jumlah air hujan atau sungai yang berlebihan dikekalkan dan bukannya mengalir dari turapan konkrit atau jalan raya dan menyebabkan banjir kilat.

Cadangan pembinaan kolam takungan, penahan banjir di kawasan Desa Wira.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU