PELAKON Azhar Sulaiman mencetuskan perhatian selepas meninggalkan komen yang dianggap keterlaluan berhubung kes ibu kepada aktres popular, yang didakwa memukul anaknya sendiri.
Kes itu tular apabila laporan menyebut wanita terbabit memukul anak kerana bergaduh menggunakan kata ganti nama ‘kau–aku’.
Dalam ruangan komen media sosial, Azhar menulis bahawa dia sanggup mengambil tindakan keras sekiranya anaknya berkelakuan sedemikian.
“Saya akan baling kerusi ke kepala anak kalau buat macam ini… kurang ajar tahap tertinggi!” tulisnya.
Kenyataan itu segera mengundang reaksi bercampur daripada orang ramai.
Ramai berpendapat ia tidak wajar, meskipun mungkin hanya gurauan.
“Mana iman… Subhanallah, kuatnya iman. Islam ajar sabar, Allah sedang menguji iman seseorang di dunia.”
“Pak cik ini suka betul meraih perhatian. Rasanya selebriti memang dahagakan perhatian setiap masa.”
“Kena ingat, Azhar… kita bukan lagi di zaman 80-an atau 90-an.
Masyarakat sekarang tidak menerima hukuman seperti dulu. Zaman sudah berubah.” “Islam tidak pernah mengajar kita untuk bertindak ganas terhadap sesiapa pun, sama ada dulu atau sekarang,” tulis beberapa orang ramai di ruangan komen hantarannya.
Sementara itu, konfl ik antara aktres wanita itu dengan ibunya kekal menjadi perhatian umum selepas aktres itu dilaporkan mendapatkan perintah injunksi dan Perintah Perlindungan Interim daripada mahkamah.



