ARTIKEL

ANTARA produk yang terdapat di stor IKEA Kuching. FOTO: HAZIQ

Komitmen IKEA Kuching kekalkan harga mampu milik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Harga produk yang ditawarkan di IKEA Kuching dikekalkan sama seperti di cawangan lain di Semenanjung Malaysia, tanpa sebarang kenaikan harga untuk pasaran di Sarawak.

Pengurus Stor IKEA Kuching, Pathmalingam Arumugam berkata, pengekalan harga itu merupakan antara komitmen IKEA untuk memastikan pelanggan di Sarawak turut menikmati produk mampu milik seperti pengguna di bahagian lain negara.

“Biasanya kalau di Sabah dan Sarawak, harga akan naik. Namun, kami mempunyai sekitar 5,000 produk dan harga yang ditawarkan di sini adalah sama.

“Pelanggan akan mendapat pengalaman yang sama seperti ketika mengunjungi stor IKEA di Pulau Pinang atau Lembah Klang,” katanya pada sesi pratonton media di IKEA Kuching, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, walaupun IKEA Kuching beroperasi sebagai stor berformat kecil, ia tetap menawarkan rangkaian produk dan inspirasi kelengkapan rumah yang setanding dengan cawangan lain.

Menurutnya, pembukaan stor berformat kecil itu merupakan sebahagian daripada usaha IKEA memperluas pendekatan perniagaan omnichannel bagi memenuhi keperluan pelanggan di Sarawak.

Dalam pada itu, Pathmalingam mendedahkan pihaknya turut menjalankan kajian dengan mengunjungi kediaman masyarakat tempatan bagi memahami gaya hidup, keperluan serta cabaran yang dihadapi mereka.

“Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam proses perancangan komersial untuk menyesuaikan konsep reka bentuk dan inspirasi IKEA dengan cara hidup masyarakat Sarawak.

“Setiap kali kami memasuki pasaran baharu, pasukan kami akan mengunjungi kediaman penduduk untuk memahami cara mereka hidup dan cabaran yang dihadapi.

“Daripada maklumat itu, kami menterjemahkan inspirasi reka bentuk Sweden mengikut gaya hidup masyarakat tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pelanggan tetap berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah menyeluruh di Kuching walaupun saiz stor yang lebih kecil.

“Meskipun saiz fizikal IKEA Kuching sekitar 10 kali lebih kecil berbanding stor di Damansara, pelanggan tetap berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeluruh,” katanya.

BERITA LAIN

Semak semula kuota minyak masak subsidi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa kerajaan menilai semula kuota minyak masak bersubsidi secara berkala berdasarkan data transaksi sebenar bagi memastikan bekalan yang

Pemerkasaan belia, prasarana teras pembangunan Satok

KUCHING: Peluang keusahawanan untuk golongan muda dan kemudahan masyarakat menjadi antara keutamaan Datuk Ibrahim Baki dalam perancangan pembangunan kawasan Satok sekiranya terus diberi mandat sebagai

BERITA TERBARU

Hong Kong kenang ulang tahun tragedi kebakaran

HONG KONG: Pada Khamis, orang ramai terus datang dan meletakkan bunga di lokasi kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah kompleks pangsapuri di Hong Kong dan mengorbankan

30 maut kebakaran lori tangki di Giza

KAHERAH: Seramai 30 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah lori tangki bahan api di wilayah Giza pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah