ARTIKEL

Gambar Hiasan

Semak semula kuota minyak masak subsidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa kerajaan menilai semula kuota minyak masak bersubsidi secara berkala berdasarkan data transaksi sebenar bagi memastikan bekalan yang ditetapkan selari dengan keperluan domestik dan mengelakkan ketirisan serta penyeludupan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Kewangan (MOF) telah menurunkan siling kuota minyak masak bersubsidi daripada 60,000 tan metrik kepada 55,000 tan metrik sebulan mulai 1 Jun lepas, anggaran keperluan domestik sebenar adalah lebih rendah, iaitu antara 19,000 hingga 30,000 tan metrik sebulan.

Beliau berkata perkara itu antara lapan syor penambahbaikan yang diketengahkan PAC menerusi Penyata Tindakan Susulan berhubung Pengurusan Kawalan Harga dan Subsidi Minyak Masak yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam.

“Penyata asal PAC pada 16 Julai lepas susulan penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang mendedahkan kelemahan serius dalam pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM12.138 bilion.

“Susulan kaji selidik yang menunjukkan peningkatan kos operasi syarikat pembungkus sebanyak 9.63 peratus kepada RM2,982 per tan metrik, PAC menggesa KPDN menyegerakan proses verifikasi dokumen dan audit kos susulan bersama kilang penapis bagi mengesahkan kesahihan kos yang dikemukakan sebelum memuktamadkan,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Selain itu, PAC menekankan keperluan memperketat semakan rekod stok antara syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit bagi membendung manipulasi laporan minyak masak rosak serta penyelewengan minyak masak bersubsidi untuk dijadikan minyak masak terpakai (UCO).

Dalam aspek subsidi bersasar, Mas Ermieyati berkata PAC menyambut baik pewartaan larangan penjualan dan pembelian minyak masak peket kepada bukan warganegara serta pelaksanaan projek rintis aplikasi Mobile eCOSS, selain mencadangkan integrasi sistem itu dengan MyDigital ID atau platform bantuan sedia ada seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), BUDI MADANI RON95 dan BUDI Diesel,” katanya.

Syor lain termasuk penilaian ekonomi dan jangkaan pasaran terkini berdasarkan pergerakan harga minyak sawit mentah (CPO), selain memastikan proses peralihan kuota pembungkus sebanyak 1,370 tan metrik daripada kilang penapis milikan asing kepada pengilang tempatan mulai 1 Januari 2027 dilaksanakan secara telus tanpa menjejaskan kestabilan bekalan. -Bernama 

BERITA LAIN

Komitmen IKEA Kuching kekalkan harga mampu milik

KUCHING: Harga produk yang ditawarkan di IKEA Kuching dikekalkan sama seperti di cawangan lain di Semenanjung Malaysia, tanpa sebarang kenaikan harga untuk pasaran di Sarawak.

Pemerkasaan belia, prasarana teras pembangunan Satok

KUCHING: Peluang keusahawanan untuk golongan muda dan kemudahan masyarakat menjadi antara keutamaan Datuk Ibrahim Baki dalam perancangan pembangunan kawasan Satok sekiranya terus diberi mandat sebagai

BERITA TERBARU

Hong Kong kenang ulang tahun tragedi kebakaran

HONG KONG: Pada Khamis, orang ramai terus datang dan meletakkan bunga di lokasi kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah kompleks pangsapuri di Hong Kong dan mengorbankan

30 maut kebakaran lori tangki di Giza

KAHERAH: Seramai 30 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah lori tangki bahan api di wilayah Giza pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah