ARTIKEL

TANGKAP layar daripada imej kandungan janaan peng-guna (UGC) yang dimuat naik di media sosial pada 25 November menunjukkan api marak tinggi di kawasan kejadian kebakaran itu di kejiranan Al-Waraq, daerah Imbaba, Kegabenoran Giza, Mesir.-AFP

30 maut kebakaran lori tangki di Giza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAHERAH: Seramai 30 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah lori tangki bahan api di wilayah Giza pada Rabu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kementerian Kesihatan dan Kependudukan Mesir memaklumkan bahawa kebakaran berlaku di bahagian atas Terowong 10 di kawasan Warraq, Imbaba.

Menurut kementerian, 39 ambulans dikerahkan bagi operasi menyelamat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sheikh Zayed, Hospital Besar Imbaba dan Hospital Pusat Warraq untuk menerima rawatan.

Menteri Kesihatan dan Kependudukan Khaled Abdel-Ghaffar mengarahkan tahap kesiapsiagaan dipertingkatkan di bilik pengurusan krisis pusat kementerian serta hospital berhampiran lokasi kejadian.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua timbalannya meninjau lokasi kejadian dan hospital yang menerima mangsa bagi menyelia operasi tindak balas kecemasan.

Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya terus memantau perkembangan dan menyelaras usaha dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan mangsa yang cedera menerima rawatan perubatan sewajarnya.-Bernama-WAM

BERITA LAIN

AI dikhuatiri jejas pemikiran kritis anak

SINGAPURA: Hampir separuh ibu bapa di Singapura bimbang kecerdasan buatan (AI) boleh menjejaskan keupayaan anak mereka untuk berfikir secara kendiri, lapor Xinhua memetik hasil kajian

Hong Kong kenang ulang tahun tragedi kebakaran

HONG KONG: Pada Khamis, orang ramai terus datang dan meletakkan bunga di lokasi kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah kompleks pangsapuri di Hong Kong dan mengorbankan

BERITA TERBARU

Lapan Pasukan Rebut Gelaran Juara SAYFT 2026

SRI AMAN: Bahagian Sri Aman kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026 (SAYFT 2026) pada