ARTIKEL

BAKAL MENGGEGAR....Senarai pasukan bertanding.

Lapan Pasukan Rebut Gelaran Juara SAYFT 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Bahagian Sri Aman kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026 (SAYFT 2026) pada Sabtu dan Ahad ini.

Menghimpunkan lapan pasukan handalan mewakili pelbagai akademi dan kelab sekitar Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Pengerusi kejohanan, Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, pasukan yang turut serta dalam saingan dua hari itu ialah Datus United FC, Al-Matten Academy, PFA Odin 14, SYIFA, Tambirat FC, Academy Bola Sepak Samarahan dan Bintangor FC.

Menurut Awang Putrayusrie, pasukan bertanding dibahagi kepada dua pasukan dan format kejohanan secara liga kumpulan untuk peringkat awal.

“Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan layak ke separuh akhir,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Pihaknya menjangka berlaku pertembungan sengit sepanjang dua hari kejohanan itu berlangsung.

Katanya, difahamkan pasukan terlibat menyenaraikan ramai pemain muda berbakat.

“Kita bakal menyaksikan perlawanan yang hebat kerana kesemua pasukan bertanding menyenaraikan pemain handalan masing-masing,” tambah Awang Putrayusrie.

Kejohanan terbabit akan berlangsung di Padang KPSU Sri Aman.

Edisi pertama kejohanan ini dianjur oleh Datus United Football Club Sri Aman serta turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta
beberapa rakan strategik lain seperti
Bintulu Port, Press Metal dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

BERITA LAIN

Jambatan Batang Lupar tingkat populasi ikan terubuk

SIMANGGANG: Pembinaan Jambatan Batang Lupar di Sebuyau bukan sahaja meningkatkan akses jaringan jalan raya malah turut menyumbang kepada peningkatan populasi ikan terubuk di kawasan berkenaan.

BERITA TERBARU