ARTIKEL

Presiden PBBM/2009, Mohd. Saif Jubaidi.

Komitmen luar biasa dorong Miri mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan pasukan Miri muncul naib juara Zon Utara Liga Premier Sarawak 2025 jelas memperlihatkan pencapaian yang membanggakan.

Turun tanpa meletakkan sebarang sasaran pada penampilan awal musim, skuad kendalian legenda tersohor Ngap Sayot, Abu Bakar Amran kini kembali mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Barisan pemain skuad Miri yang semakin mantap.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBBM/2009), Mohd. Saif Jubaidi, nyata berbangga dengan pencapaian diperoleh pasukan itu.

“Tahniah kepada pemain, jurulatih serta pegawai. Komitmen dilaburkan anda semua sepanjang mengharungi saingan peringkat kumpulan (Zon Utara) menjadi antara penyumbang kecemerlangan setakat ini.

“Daripada pasukan yang sebelum ini dilabel ‘no hope’, anda semua berjaya bangkit sekali gus menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik,” ujar Saif kepada Arena Suara Sarawak.

Saif mengakui peningkatan ketara pasukan Miri bermula daripada kosong menjadi baik, kemudian mantap, dan akhirnya antara yang terbaik membuktikan disiplin serta komitmen telah mengatasi segala kekurangan yang ada.

Dalam pada itu, Saif turut melihat kejayaan Miri mara ke suku akhir sebagai hasil sokongan barisan penaja yang disifatkan sebagai pencetus semangat pemain.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan penaja yang ada.

“Komitmen anda menjadi sumber motivasi kepada para pemain,” tambah beliau.

Jelasnya, fokus pasukan selepas ini tertumpu kepada saingan Piala Abang Jo 2025.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU