ARTIKEL

SIMBOLIK... Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang diwakili ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang melancarkan Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen CIDB. FOTO RAMIDI SUBARI

Komitmen Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar tarik pelabur asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Komitmen Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar menjadi pemacu utama yang menarik pelabur dari luar, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang.

Memandangkan perniagaan kini mencari kawasan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar jangka panjang di samping pertumbuhan ekonomi, langkah-langkah yang diambil oleh negeri ini, termasuk peralihan daripada bahan api fosil ke tenaga hijau dan pembangunan lestari mewujudkan platform kuat untuk peluang pelaburan.

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini dijangka berkembang dengan pesat, Sarawak semakin menjadi destinasi menarik bagi perniagaan yang ingin terlibat dalam sektor tenaga hijau dan sektor lestari yang lain.

BERUCAP… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang diwakili ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang. FOTO RAMIDI SUBARI

“Kita sudah mula melihat hasil daripada fokus ini. Sebagai contoh baru-baru ini, kita menyambut kedatangan Generali Malaysia, yang membuka cawangan pertama mereka di Sarawak, menandakan langkah penting dalam memanfaatkan potensi ekonomi negeri yang semakin berkembang.

“Pendapatan negeri telah meningkat daripada RM5.8 bilion pada tahun 2018 kepada RM13.3 bilion tahun lepas, dengan jangkaan angka yang lebih tinggi tahun ini.

“Pencapaian ini mencerminkan peluang luar biasa yang tersedia kepada pelabur, sejajar dengan visi Sarawak untuk kemakmuran dan kelestarian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibaca oleh ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang pada Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen CIDB di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan industri pembinaan negeri ini agar berkembang pesat, memastikan ia dibangunkan bukan sahaja untuk hari ini tetapi untuk keselamatan dan kejayaan jangka panjang Sarawak.

“Namun, kita juga perlu menangani cabaran berterusan termasuk 37 peratus premis yang masih belum memiliki sijil perakuan kebakaran yang sah.

“Cabaran-cabaran ini, bersama-sama dengan beberapa projek sakit, perlu diselesaikan untuk mendapatkan keyakinan pelabur kita.

“Oleh itu, penting supaya semua pihak berkepentingan dalam sektor pembinaan untuk mematuhi piawaian peraturan demi kejayaan jangka panjang Sarawak,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abdul Wahab merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia dan lain-lain.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU