ARTIKEL

Kompleks ICQS Sungai Tujoh di Miri. | Foto: Internet

Kompleks ICQS Sungai Tujoh Miri akan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh di Miri akan dinaik taraf dengan penambahan lorong dan kaunter tambahan untuk memastikan aliran trafik lebih lancar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, peruntukan sebanyak RM4 juta telah diluluskan oleh Premier Sarawak semasa lawatannya pada 7 Mac lalu.

“Projek ini akan ditender melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada November ini,” kata Kim Shin.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu kementeriannya, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Koridor Wilayah (RECODA), sedang berusaha untuk menangani isu kesesakan di pusat pemeriksaan ICQS di Bahagian Limbang.

Ia termasuk ICQS Tedungan (Limbang ke Kuala Lurah, Brunei), ICQS Pandaruan (Limbang ke Temburong, Brunei), ICQS Mengkalap (Lawas ke Temburong, Brunei) dan ICQS Merapok (Lawas ke Sabah).

Sementara itu, Kim Shin menjelaskan Sarawak mencapai kemajuan besar dalam pengurusan trafik bandar dengan pelaksanaan Sistem Lalu Lintas Adaptif Selaras Sydney (SCATS).

“Setakat ini, 140 daripada 327 persimpangan lampu isyarat disambungkan ke perisian SCATS yang diuruskan oleh Lembaga Multimedia Sarawak.

“Usaha berterusan dijalankan untuk mengintegrasikan 187 persimpangan bagi memastikan perancangan trafik yang cekap di seluruh Sarawak,” katanya lagi.

Ujarnya, di bawah projek Sistem Pengangkutan Bandar Raya Kuching, lampu isyarat pintar juga akan diintegrasikan dengan Sistem Keutamaan Isyarat Transit bagi kenderaan ART.

“Ini akan memastikan aliran trafik lebih lancar dan meningkatkan keselamatan kenderaan ART di persimpangan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

Keselamatan perairan perlu kerjasama aktif masyarakat

BINTULU: Komuniti pesisir pantai perlu lebih proaktif membantu pihak berkuasa memelihara keselamatan perairan negara, termasuk menyalurkan maklumat segera mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada Agensi Penguatkuasaan

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan