ARTIKEL

PRESIDEN SFA… MD Haiqal Abdullah

Kompleks Sukan Balai Ringin gelanggang baharu pasukan Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) menetapkan Kompleks Sukan Balai Ringin sebagai gelanggang rasmi bagi perlawanan di laman sendiri pasukan Serian sepanjang kempen Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026).

Presiden SFA, MD Haiqal Abdullah berkata, pihaknya telah memuktamadkan keputusan menggunakan padang tersebut menerusi perbincangan bersama barisan Exco SFA baru-baru ini.

“Memandangkan Kompleks Sukan Serian masih dalam proses naik taraf ketika ini, maka kita memutuskan untuk menggunakan Kompleks Sukan Balai Ringin sebagai gelanggang rasmi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Haiqal, perubahan gelanggang berkenaan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pihaknya, termasuk dari segi persiapan pasukan.

Malah, katanya, langkah itu turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung.

Dengan itu, masyarakat yang tinggal di kawasan Balai Ringin dan sekitarnya berpeluang menyaksikan aksi pemain yang mewakili pasukan Serian musim ini.

“Kita menyeru penduduk setempat, terutama mereka yang tinggal di kawasan Balai Ringin, supaya hadir memberikan sokongan kepada para pemain,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Haiqal berkata, sesi latihan pasukan bermula hari ini di padang Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU