ARTIKEL

Kompleks sukan untuk orang Tamin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Penduduk daerah ini bakal memiliki sebuah kompleks sukan dengan kos pembinaannya sebanyak RM7.9 juta yang akan dibina tidak lama lagi.

Adun Tamin Christopher Gira Sambang berkata, kompleks sukan itu bakal menyediakan kemudahan terbaik dan serba lengkap kepada penduduk di sini.

Beliau berkata, projek Kerajaan Sarawak itu telah diluluskan peruntukannya oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika Program Tinjauan Mesra di Pekan Selangau pada Mei 2018.

“Kerja pembinaan kompleks sukan ini akan bermula dua minggu dari sekarang dan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa 24 bulan atau dua tahun,” jelasnya ketika dihubungi Suara Sarawak di sini, semalam.

Gira berkata, disebabkan PKP pada Mac lalu, pembinaan kompleks sukan itu terpaksa ditangguhkan.

Menurutnya lagi, projek itu sepatutnya bermula pada Mac lalu. Terdahulu pada Rabu lalu, Gira mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan di Selangau.

Beliau juga sempat menghadiri taklimat mengenai projek tersebut di Pejabat Daerah Selangau.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami, Penghulu Thomas Jawa dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Katanya, usaha itu merupakan langkah Kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai golongan muda dan belia dari kawasan luar bandar cemerlang dalam bidang sukan.

“Ini merupakan langkah kerajaan GPS untuk terus membangunkan kawasan DUN Tamin.

“Bagi meneruskan kesinambungan ini, kita berharap penduduk di kawasan terbabit akan terus memberi sokongan padu terhadap pentadbiran dan kepimpinan Kerajaan GPS,” katanya.

Menurut Gira lagi, kompleks sukan berkenaan bakal memberi kemudahan seperti sebuah padang bola sepak, astaka, trek larian, kemudahan untuk acara lompat tinggi, lompat jauh, dewan, tempat letak kenderaan serta kemudahan dan keperluan sukan yang lain untuk kemudahan penduduk di sini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat