Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan Program Desa Lestari (PDL) anjuran KKDW.
“Bantuan geran menerusi Program Desa Lestari bertujuan mewujudkan komuniti desa berpendapatan tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi masyarakat luar bandar terutamanya golongan belia dan ketua isi rumah (KIR).
Koperasi komuniti ini menjadi platfom penggeraknya,” ujarnya.
Tambah Zulfi kri, MARA diberi tanggungjawab oleh KKDW untuk membantu pelaksanaan dan membuat pemantauan semua urusan berkaitan kerja serta pembekalan yang diperlukan untuk program ini sehingga selesai.
“MARA amat menghargai kerjasama semua pihak terutama daripada masyarakat setempat dan penduduk kampung untuk menjayakan projek Desa Lestari Kampung Merembeh ini.
“Saya juga terharu dan sangat berterima kasih atas sambutan meriah pada sesi jelajah ke projek ekopelancongan burung walit Kampung Merembeh kali ini.
Semoga suatu hari nanti, saya dapat kembali ke sini dan melihat kejayaan projek serta ekonomi penduduk kampung tercapai,” katanya, Projek ekopelancongan Kampung Merembeh terdiri daripada dua gua iaitu Gua Posih dan Gua Kayu.
Keduadua gua tersebut mempunyai sejarah tersendiri — lokasi aktiviti mengutip sarang burung walit liar yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung.
Sebelum mengakhiri sesi jelajah tersebut, Zulfi kri menyerahkan bekalan peralatan untuk kegunaan aktiviti mengumpul sarang burung kepada ketua kampung dan koperasi kampung tersebut.
Kemuncak lawatan, rombongan dibawa meninjau tapak rumah pemprosesan sarang burung walit, laluan pejalan kaki dan kerja pembinaan tandas projek berkenaan.
Turut hadir pada sesi lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Bau, Ketua Kaum Kampung Merembeh, Pengerusi Koperasi Kampung Merembeh, Pengurusan Tertinggi MARA serta penduduk kampung.



