ARTIKEL

Komuniti perniagaan Malaysia perlu bersedia teroka pasaran baharu di China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NANNING: Peniaga mahupun pelabur Malaysia perlu bersiap sedia dalam persaingan untuk merebut peluang pelaburan dalam atau dari China.

Memandangkan pasaran domestik China yang begitu besar dan terbuka, Malaysia dengan kelebihan pengeluaran komoditi pertanian mampu meneroka lebih banyak pasaran baharu di China.

Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail berkata China kembali membuka pintu sempadannya Januari tahun ini selepas hampir tiga tahun ditutup ekoran penularan COVID-19, dan peluang ini perlu direbut komuniti perniagaan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu di China.

“China ialah rakan dagang terbesar Malaysia selama ini.

Sekarang munculnya persaingan Vietnam, Malaysia perlu lebih berusaha.

Persaingan ini hanya dalam rantau Asean, belum ambil kira persaingan dari Eropah, negara membangun dan negara maju yang lain,” katanya kepada Bernama TV, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata kedudukan rantau Asean khasnya Malaysia dalam perubahan geopolitik dunia perlu dilihat sebagai peluang juga dalam menarik pelaburan.

Hubungan China-Malaysia sangat rapat selama ini, walaupun pemimpin silih berganti, namun keakraban hubungan dua hala tidak berubah.

“Ini (hubungan dua hala yang rapat) perlu kita manfaatkan.

China sentiasa bersedia menerima pelaburan dari luar, cuma adakah komuniti perniagaan Malaysia sudah bersedia memberi komitmen yang sama?” katanya.

Katanya, komoditi pertanian menjadi antara eksport utama Malaysia ke China.

Selain minyak sawit, buah durian dan sarang burung dari Malaysia mendapat sambutan yang hangat di pasaran China. 

Justeru, beliau berharap komuniti perniagaan Malaysia boleh memanfaatkan peluang perniagaan di Ekspo China-Asean kali ke-20 yang akan diadakan pada September tahun ini.

Dalam aspek menarik pelaburan dari China, Ahmad Phadil berkata industri kenderaan elektrik atau EV, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau adalah antara bidang baharu yang boleh  diceburi.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009.

Pada 2022 nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencecah 17.1 peratus daripada  jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trillion.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada 2022 mencecah RM487.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas