ARTIKEL

Kondominium mewah 80 peratus dijual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih daripada 80 peratus unit kondominium mewah yang dibangunkan oleh syarikat Kumpulan Naim di Kuching Paragon di Batu Lintang terjual setakat ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Hasmi Hasnan berkata, ia mewakili lebih 100 isi rumah mendiami hartanah mewah berkenaan yang kini telah siap dibina. “Kondominium mewah itu kita namakan Sapphire On The Park dengan harga yang ditawarkan lebih daripada RM500,000.

“Ia terdiri daripada lima blok apabila tiga telah siap dibina manakala dua lagi dijangka siap pada Januari 2021 yang kerja-kerja di lapangan tergendala susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada temu bual khas dengan Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune di sini semalam.

Tambah Hasmi, terdapat empat jenis kediaman yang ditawarkan kepada para pelanggan bergantung kepada kemampuan masing-masing.

“Malah, kita juga menawarkan kediaman eksklusif yang dinamakan sebagai George Residence dengan harga RM2 juta. “Selain itu, pelbagai kemudahan seperti bilik penyimpanan, kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya turut disediakan kepada para pembeli,” jelasnya.

Kuching Paragon yang terletak di nadi bandar raya Kuching akan dibangunkan dengan tujuh plot oleh syarikat Kumpulan Naim, menurut Hasmi. “Plot pertamanya memang fokus kepada Sapphire On The Park.

“Plot kedua adalah untuk pusat beli-belah, hotel dan perkhidmatan apartment manakala plot ketiga ialah pejabat.

“Plot keempat ialah menara pejabat sementara plot kelima hingga tujuh dikhaskan untuk pembangunan masa depan,” ujarnya.

Oleh itu, beliau membayangkan pembangunan yang pesat di kawasan Kuching Paragon selari dengan perubahan landskap semasa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha