ARTIKEL

UN Secretary-General Antonio Guterres speaks during an interview at the United Nations headquarters ahead of the COP28 meeting in New York, November 29, 2023. The COP28 climate conference should aim for a complete "phaseout" of fossil fuels, UN Secretary-General Antonio Guterres told AFP on November 29, warning of "total disaster" on humanity's current trajectory. "Obviously I am strongly in favor of language that includes (a) phaseout, even with a reasonable time framework," Guterres said in an interview before flying off to the United Arab Emirates, the oil-rich nation hosting the two-week UN climate summit beginning November 30. (Photo by Andrea RENAULT / AFP)

Konflik di Gaza ancam keamanan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Rabu memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bahawa konflik di Semenanjung Gaza memburukkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Menggunakan Artikel 99 Piagam PBB buat kali pertama sejak beliau menjadi ketua organisasi itu pada 2017.

Guterres dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB berkata;

“Lebih lapan minggu pertempuran di Gaza dan Israel mewujudkan penderitaan manusia yang mengerikan, kemusnahan fizikal dan trauma kolektif di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.

Beliau berkata, situasi semasa menyebabkan operasi kemanusiaan tidak dapat dilaksanakan

. “Kami berdepan risiko keruntuhan sistem kemanusiaan yang teruk.

Keadaan ini merosot dengan pantas menjadi malapetaka dengan implikasi yang mungkin tidak dapat dipulihkan untuk rakyat Palestin secara keseluruhan serta keamanan dan keselamatan di rantau ini.

“Keputusan seperti ini harus dielakkan dengan apa-apa cara sekalipun,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu

. Guterres juga menekankan bahawa orang awam di Gaza menghadapi bahaya serius dan sistem penjagaan kesihatan di wilayah terkepung itu semakin lumpuh.

“Tiada tempat yang selamat di Gaza,” tegas beliau.

Ketua PBB berkata masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan pengaruh mereka untuk mencegah peningkatan dan menamatkan krisis di Gaza.

“Saya menggesa Majlis Keselamatan untuk mendesak untuk mengelakkan malapetaka kemanusiaan. Saya mengulangi rayuan saya agar gencatan senjata kemanusiaan diisytiharkan. Ini adalah mendesak,” kata Guterres.

Artikel 99 Piagam PBB membenarkan Setiausaha Agung untuk membawa kepada perhatian Majlis Keselamatan sebarang perkara yang pada pendapat beliau mampu mengancam kelestarian keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Semenanjung Gaza pada Jumaat lepas susulan jeda kemanusiaan selama seminggu berakhir.

Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel ke atas wilayah itu sejak 7 Oktober lalu. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah