Kongsi nilai pelbagai agama

MIRI: Seramai 250 orang menyertai Forum Pelbagai Agama (MRF): Faith and Noble Values’ di Dewan Kompleks Islam Miri di sini, semalam.

Forum tersebut merupakan anjuran Pusat Maklumat Islam Sarawak (SIIC) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama agama Lain (Unifor) Jabatan Ketua Menteri.

Menurut SIIC, objektif khususforum itu adalah satu medium untuk peserta membincangkan isu dan masalah yang memberi kesan kepada masyarakat berbilang agama.

Selain itu, memperkuatkan ikatan dalam kalangan masyarakat beragama melalui perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan.

SIIC percaya nilai murni apaapa jua agama harus menjadi landasan kepada masyarakat penyayang untuk dapat bekerjasama dalam memerangi masalah sosial ini.

Antara penganut agama yang menyertai forum itu termasuk umat Islam, Kristian, Hindu, Budha dan Sikh.

Dalam forum tersebut, empat penceramah daripada setiap agama berkongsi nilai murni dalam ajaran agama masing- masing dengan penampilan Ketua Pegawai Eksekutif SIIC Zabariah sebagai moderator.

Pada asalnya, SIIC ditubuhkan untuk mempromosikan dan menyampaikan kesejagatan Islam untuk mewujud-
kan pemahaman yang lebih baik serta meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik dan agama di Sarawak.

Selain itu, SIIC juga menganjur MRF sejak 2009 yang fokus kepada pelbagai masalah dan isu semasa seperti alam sekitar, tadbir urus, kepimpinan, perlindungan kanak-kanak dan wanita.