ARTIKEL

PIHAK SRIAAB diketuai Ahmad Fathullah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan.

Kongsi rezeki didik empati murid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Semangat keprihatinan dan amalan berkongsi rezeki terus disemarakkan apabila Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB) menganjurkan Program Kongsi Rezeki Ramadan 1447H, baru-baru ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan murid Tahun Enam bersama-sama beberapa guru, dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 serta jawatankuasa Surau Darus Syakirin.

Melalui usaha sama itu, seramai 10 penerima dalam kalangan golongan yang memerlukan menerima sumbangan berupa pek makanan asas dan wang tunai.

Inisiatif berkenaan merupakan hasil sumbangan orang ramai menerusi projek Infak RM5 Ramadan SRIAAB yang dilaksanakan sejak awal Ramadan. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat membuktikan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik masih utuh dalam kalangan komuniti setempat.

Selain itu, pihak sekolah turut mengagihkan pek makanan kepada murid terpilih yang memerlukan sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebajikan murid.

Program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah turut mendidik murid tentang nilai empati, tanggungjawab sosial serta kepentingan berkongsi rezeki. Pelibatan aktif murid dalam program seumpama itu diharap dapat membentuk generasi yang lebih prihatin dan berjiwa besar.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan, di samping berharap usaha sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat