ARTIKEL

Wilfred pada sidang media sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Kuching, hari ini. FOTO: GHAZALI BUJANG

Konsep Semak dan Imbang Bukan Sekadar Kritik, Sertakan Idea Perbaiki Sistem Pentadbiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsep semak dan imbang tidak seharusnya disalah tafsir sebagai budaya mengkritik, menyerang dan menentang setiap tindakan kerajaan tanpa mengemukakan penyelesaian konstruktif.

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, semak dan imbang yang sebenar perlu tertumpu kepada usaha memperkukuh institusi, melaksanakan reformasi, meningkatkan akauntabiliti serta menawarkan penyelesaian yang praktikal untuk rakyat.

Menurutnya, peranan pembangkang bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sensasi atau mencetuskan drama politik, sebaliknya perlu disertai idea dan cadangan yang mampu memperbaiki sistem pentadbiran.

“Parti Tindakan Demokratik (DAP) terus menyalah guna dan menyalah tafsir maksud semak dan imbang, seolah-olah ia hanya bermaksud mengkritik, menyerang dan menentang segala yang dilakukan kerajaan.

“Jika benar mahu melaksanakan semak dan imbang, kita perlu bercakap tentang bagaimana mahu memperkukuh institusi, melaksanakan reformasi dan memastikan akauntabiliti menerusi tadbir urus yang baik.

“Kita juga perlu menawarkan penyelesaian yang konstruktif, bukannya sekadar menyerang dan mempolitikkan setiap isu,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, mana-mana pihak yang mahu bercakap berkaitan reformasi juga perlu melakukan semak dan imbang terhadap diri sendiri termasuk menilai janji yang pernah dibuat kepada rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai