ARTIKEL

Smart Village, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang, Kampung Uma Daro, Anugerah Desa MADANI 2024, Pengerusi ASEAN 2025, teknologi moden
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, menyampaikan anugerah kepada Johan Kategori Kampung Tradisional/Rumah Panjang Sarawak (Zon Dua) kepada Kampung Uma Daro, Sarawak pada Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) semalam.

Konsep ’Smart Village’ perkasa komuniti desa dengan teknologi moden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERDANG, Selangor: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkenalkan konsep ‘Smart Village’ sebagai usaha memperkasa potensi dan keupayaan komuniti desa dalam aspek teknologi moden sekali gus memantapkan  pembangunan ekonomi di kawasan itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata projek rintis ‘Smart Village’ KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024. 

“Tiga kampung akan dipilih sebagai projek rintis ‘Smart Village’, iaitu satu lagi inisiatif baharu yang akan diperkenalkan KKDW yang memfokuskan tentang penggunaan teknologi di kampung-kampung di luar bandar.

“(Ia untuk pembangunan) teknologi moden dalam pembangunan ekonomi dan juga pengurusan kampung, khasnya pengurusan data, misalnya setiap data kampung itu di hujung jari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian ADM 2024 di sini.

Pada ADM 2024, sebanyak 42 kampung terpilih sebagai pemenang dengan johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, naib johan menerima RM20,000, dan tempat ketiga menerima RM10,000.
 
Hadiah berkenaan untuk digunakan bagi pembangunan sosioekonomi kampung seperti aktiviti ekonomi, keusahawanan, keceriaan, naik taraf kemudahan infrastruktur sedia ada, dan inovasi serta kreativiti komuniti desa.

Sementara itu, beliau berkata penganjuran ADM ialah salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh potensi dan keupayaan komuniti luar bandar dalam pelbagai aspek, termasuk kepimpinan, pendidikan, kemahiran serta kesejahteraan ekonomi dan sosial. 

“Ini sebahagian daripada agenda yang lebih besar untuk memastikan pembangunan seimbang di seluruh negara dan mengurangkan jurang antara kawasan bandar dengan luar bandar,” katanya.

Selain itu, Rubiah berkata penganjuran ADM bertepatan dengan usaha mempersiapkan kampung dan komuniti desa ke arah komitmen negara sebagai Pengerusi ASEAN 2025. 

“Kampung yang kita pilih sebagai pemenang ini telah mempunyai produk yang berkualiti, contohnya pelancongan tani, dan secara tidak langsung, benda ini dapat kita promosikan.

“Ia juga boleh menjadi program dan aktiviti utama semasa program Kepengerusian ASEAN tahun depan,” katanya sambil menambah sebarang ketetapan program untuk delegasi asing tertakluk kepada jawatankuasa Kepengerusian ASEAN.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kampung Uma Daro dari Sarawak, Peter Sapit, menyifatkan bimbingan KKDW dalam ADM sebagai faktor utama yang membantu kampungnya menjuarai anugerah itu bagi kategori Zon Dua di Sarawak. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU