Pemilihan bandar raya Kuching sebagai pentas ‘Yuna Asia Tour’ adalah langkah berani dan tepat bagi Yuna untuk terus melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia khususnya di wilayah Borneo.
Melawan ‘arus’ dengan tidak memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert besar itu, penganjur RK LiveAsia dan Icon Entertainment yakin jelajah berlangsung pada 27 Oktober di Hikmah Exchange mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan.
Selain Kuching, konsert jelajah berkenaan turut diadakan di Tokyo, Jepun pada 16 Oktober dan Singapura pada 18 Oktober ini.



