ARTIKEL

KONSERT MINI GIG 3.0 BERLANSUNG 8 NOVEMBER INI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KONSERT Mini Gig 3.0, yang bakal berlangsung pada 8 November ini, menjanjikan persembahan istimewa yang meraikan keunikan serta keindahan muzik etnik tanah air, khususnya dari bumi Sarawak.

Menurut Pengurus Utama Star Audio One, Abang Abdul Halim Mostapha, objektif utama penganjuran konsert ini ialah untuk mengangkat dan memartabatkan industri muzik etnik tempatan agar lebih dikenali oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan taraf industri berkenaan supaya dapat menarik minat belia serta pemain industri kreatif di seluruh Borneo, termasuk Sabah, Semenanjung Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.

“Mini Gig 3.0 turut menampilkan barisan artis dan kumpulan muzik tempatan yang mempunyai identiti tersendiri melalui karya asli dalam pelbagai dialek seperti bahasa Melayu Sarawak, Melanau, Iban dan Bidayuh.

“Ramai antara mereka sudah memiliki album yang dipasarkan melalui media sosial serta platform digital.

Malah, lagu-lagu mereka juga pernah diputarkan di stesen radio dan televisyen tempatan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Di samping itu, jelasnya, semua karya berkenaan didaftarkan secara sah di bawah Akta Hak Cipta, menandakan profesionalisme serta kesungguhan penggiat seni tempatan dalam memperjuangkan karya asli mereka.

Tambah beliau, cabaran utama penganjur ialah mencari artis yang bersesuaian dengan konsep mini gig ini serta memilih lokasi yang strategik.

“Setelah meneliti pelbagai faktor, Godown Amphitheatre di Tebingan Kuching dipilih sebagai tapak acara kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan utama orang ramai dan pelancong.

“Lokasi ini diyakini mampu menjadi pentas terbaik untuk memperkenalkan irama, genre dan bahasa muzik etnik Sarawak kepada khalayak umum,” ujarnya.

Antara tarikan utama Mini Gig 3.0 ialah penampilan Safar Ghafar, penyanyi popular era 1980-an dengan lagu hit Mun Masih Muda.

Beliau bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Chantek, karya yang menggabungkan unsur muzik tradisional dan moden. Persembahan beliau akan diserikan dengan elemen tarian yang pasti memukau penonton.

Selain itu, kumpulan HD Band dari Kota Samarahan turut membuat persembahan istimewa dengan lagu duet dalam dua bahasa, iaitu Melayu Sarawak dan Iban yang menonjolkan keunikanbudaya muzik tempatan.

Konsert ini dianjurkan oleh Star Audio One Company dengan kerjasama Majlis Seni Sarawak (MSS).

Dana penganjuran diperoleh daripada syarikat serta Geran Sokongan MySeni oleh MSS.

Justeru, Abang Abdul Halim berharap Mini Gig 3.0 akan memberi impak positif kepada generasi pelapis agar terus mencintai dan menghargai seni PENGURUS muzik etnik Sarawak.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi