ARTIKEL

Konsert Mini Bersama Artis Veteran 2026 dijadual berlangsung pada Sabtu, 17 Oktober ini, jam 8 malam di Go Down Amphitheater, Tebingan Kuching.

Konsert mini imbau nostalgia muzik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lagu-lagu nostalgia yang pernah mencipta nama dalam industri muzik tempatan bakal menghidupkan suasana Tebingan Kuching menerusi Mini Konsert Bersama Artis Veteran 2026, pada 17 Oktober ini.

Konsert percuma anjuran Star Audio One dengan sokongan Majlis Seni Sarawak (MSS) itu bermula jam 8 malam di Go Down Amphitheater, dengan menampilkan penyanyi dan kumpulan berpengalaman yang pernah menghasilkan album atau single serta masih aktif dalam industri muzik.

Abdul Halim Mostapha.

Pemilik Star Audio One, Abdul Halim Mostapha berkata, penganjuran tahun ini memberi tumpuan kepada artis berusia 40-an ke atas yang pernah mencipta nama dalam industri muzik.

“Jika tahun lalu kami menampilkan gabungan artis baharu dan lama, tahun ini kami memberi tumpuan kepada artis veteran yang pernah mencipta nama besar suatu ketika dahulu dan masih aktif hingga sekarang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Konsep persembahan kali ini menggabungkan muzik etnik, moden dan rock bagi memberikan pengalaman berbeza kepada penonton, selain mengetengahkan lagu dalam pelbagai dialek dan bahasa tempatan Sarawak.

Antara yang bakal membuat persembahan ialah kumpulan Legacy, yang pernah popular menerusi lagu Dua Jiwa Satu Hati dan Ditelan Pahit, Dibuang Sayang, serta kumpulan rock JS Boys yang menghasilkan album Perjuangan pada era 1990-an.

Konsert Mini Bersama Artis Veteran 2026 dijadual berlangsung pada Sabtu, 17 Oktober ini, jam 8 malam di Go Down Amphitheater, Tebingan Kuching.

Turut memeriahkan konsert ialah Safar Ghaffar, Rannee Pat, Adlan Rampage, Prescilla Anis, Zani Ajan, Jennifer Jack dan Azlan Golie.

Kumpulan penari Seri Tandi akan mengiringi sebahagian persembahan, manakala DJ Reynaz Merpati dan DJ Azree bertindak sebagai pengacara majlis.

Penganjuran konsert secara percuma itu diharap dapat menarik ramai pengunjung, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat menikmati persembahan artis veteran dan mengimbau kembali lagu-lagu popular yang pernah mencipta kenangan.

Konsert itu turut mengetengahkan lagu dalam bahasa Melayu, Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh dan Melanau, sekali gus meraikan kepelbagaian warisan muzik serta budaya Sarawak.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU