ARTIKEL

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun ditunda ke September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadual berlangsung pada 11 Julai ini di Stadium Hoki Bukit Jalil ditunda ke 19 September depan.

Penganjur, Dhyah Production dan Infinity Love Creative Ventures berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor semasa termasuk lambakan acara hiburan dan konsert berskala besar serta Pilihan Raya Negeri (PRN).

Penundaan itu juga bertujuan memastikan kelancaran penganjuran selain memberi keselesaan kepada penonton dari segi pergerakan lalu lintas dan kemudahan parkir.

Menurut Bernama, konsert berkenaan akan menampilkan himpunan lagu popular Radja yang menjadi kegemaran peminat di Malaysia dan Indonesia sepanjang lebih dua dekad perjalanan muzik kumpulan itu.

Penganjur turut memaklumkan konsert itu akan diserikan dengan penampilan beberapa artis undangan istimewa bagi menjanjikan persembahan yang lebih eksklusif.

BERITA LAIN

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

BERITA TERBARU