ARTIKEL

Paparan kod bar pada poster rasmi Konsert Rock In The Jungle (RITJ) 2.0 untuk pembelian tiket.

Konsert rock terbesar Sarawak kembali Ogos ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsert Rock In The Jungle (RITJ) 2.0 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini di Kampung Budaya Sarawak bakal menyajikan gegaran bunyi yang menggetarkan jiwa peminat rock dan metal di seluruh tanah air.

Konsert selama dua hari ini bakal menghimpunkan barisan kumpulan lagenda dan sensasi dari Malaysia, Indonesia dan Jepun yang pastinya bakal menghiburkan setiap peminat yang hadir.

“Antara kumpulan yang bakal membuat persembahan termasuk HUJAN, Nice Stupid Playground, Breath in The Ocean dan Fearless iaitu kumpulan Malaysia-Indonesia.

“Selain itu, dua kumpulan ikonik dari Indonesia iaitu Kotak dan Gigi. Malah, penampilan kumpulan terkenal dari Jepun, LOUDNESS juga bakal menghangatkan lagi pentas utama RITJ 2.0 kelak,” ujar wakil Authentic Ideas & Events.

Bagi yang ingin merasai pengalaman konsert rock yang paling epik di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi RM169 bagi akses satu hari dan RM300 untuk dua hari.

Menariknya, penganjur turut menawarkan harga eksklusif khas untuk pelajar pada harga serendah RM88 sahaja.

“Tiket untuk pelajar turut ditawarkan dengan harga serendah RM88 sehari dan RM169 untuk akses selama dua hari.

“Tujuan kami adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda merasai sendiri pengalaman konsert rock berskala besar,” jelasnya.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Rock In The Jungle 2.0 kerana tiket adalah terhad. Pembelian tiket boleh dibuat menerusi pautan rasmi https://tickets.pergh.asia/?ref=R19D38286.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha