ARTIKEL

MEMBANGGAKAN… Gimnas Sarawak melakar kejayaan pada AGG Datuk Malek Cup 2026 dan AGG Malaysia Championship 2026 di Endah Parade, Kuala Lumpur.

Kontinjen Sarawak cemerlang pada AGG Kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Sarawak melakar pencapaian membanggakan apabila meraih beberapa kedudukan podium pada AGG Datuk Malek Cup 2026 dan AGG Malaysia Championship 2026 di Endah Parade, Kuala Lumpur, pada 26 dan 27 September lalu.

Penyertaan membabitkan 69 gimnas daripada enam sekolah dan kelab Sarawak yang bersaing dalam pelbagai kategori, sekali gus memberi peluang kepada gimnas muda menguji kemampuan di pentas kebangsaan.

Antara kejayaan utama ialah S.L. Elite dari SJK (C) Sungai Apong yang muncul juara kategori Sekolah Bawah 12 Tahun, manakala Lubak Phoenix dari SJK (C) Chung Hua Sungai Lubak dan Hexa Legends dari SJK (C) Chung Hua No. 6 masing-masing menduduki tempat kedua dalam kategori masing-masing.

Turut mencuri perhatian ialah kejayaan TD Elite Prime dari Track & Dance yang muncul juara Program Pendek IFAGG kategori lapan hingga 10 tahun.

Pasukan Sarawak turut meraih beberapa keputusan lain termasuk tempat ketiga menerusi Hexa Heroes dan Night Stone, tempat keempat oleh Rainbow Ruby dan Stars of Sarawak serta tempat kelima bagi The Gifted Bunnies, Luminous, Lubak Shine dan Harmony Bloom dalam kategori masing-masing.

Menurut Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA), pencapaian itu mencerminkan komitmen gimnas, jurulatih, sekolah dan kelab dalam membangunkan sukan Kumpulan Estetik Gimnastik (AGG) di Sarawak.

SAGGA berkata, penyertaan di peringkat kebangsaan bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada gimnas muda Sarawak, malah menjadi dorongan untuk mereka meningkatkan prestasi dalam pertandingan akan datang.

Dalam pada itu, SAGGA merakamkan penghargaan kepada Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia (MAGGA), hakim, pegawai teknikal, jawatankuasa penganjur, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang menyokong penyertaan kontinjen Sarawak dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pengundi biak nentu tunga tuju iringtuai nengeri

SAMARAHAN: Pengundi biak diansak bejalaika tanggungpengawa sida maya hari ngundi 12 Disember tu dikena nentuka sada rebak baru bela didinga nentuka tunga tuju iringtuai Sarawak