ARTIKEL

PENERANGAN… Lee (dua kanan) mendengar penerangan projek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Mazli Mustaffa (satu kanan) semasa mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Depoh Rembus, di sini, hari ini. | Foto oleh Mohd Alif Noni

Kontraktor pembinaan Depoh Rembus diingatkan siap projek ikut jadual 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kontraktor yang bertanggungjawab terhadap pembinaan Depoh Rembus dekat sini, diingatkan untuk mematuhi spesifikasi kerja dan menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, kontraktor juga perlu berusaha dengan baik untuk memastikan projek pembinaan berjalan dengan lancar.

PELAN… pelan pembinaan Depoh Rembus. | Foto oleh Mohd Alif Noni

“Kami tidak mahu melihat sebarang kelewatan berlaku ke atas projek ini dan juga tidak mahu mendengar alasan kelewatan daripada kontraktor.

“Justeru, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Sarawak Metro juga akan bekerjasama untuk membuat pemantauan teliti melibatkan perkembangan projek depoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Depoh Rembus, di sini, hari ini.

Projek yang bernilai kira-kira RM260 juta itu telah dianugerahkan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) kepada syarikat usaha sama iaitu Azam Sehasrat Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Unique Deco Sdn Bhd pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, projek yang dibina melibatkan tapak berkeluasan 54 ekar itu juga dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Disember 2025.

Ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan mengisi bahan bakar hidrogen, landasan ujian, bengkel mekanikal dan infrastruktur, dan bangunan pentadbiran.

Pembinaan Depoh Rembus ini merupakan sebahagian daripada projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dengan Sarawak Metro yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) diamanahkan untuk mengendalikan dan menyelenggara projek tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha