ARTIKEL

Nanta pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS yang dipengerusikan oleh Premier merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini.

Konvensyen GPS dijadual berlangsung 19 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan berlangsung pada 19 April depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kesemua wakil daripada empat parti komponen GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan dijemput menghadiri konvensyen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB, di sini pagi tadi belum memutuskan bilangan perwakilan yang akan dijemput.

“Semasa mesyuarat, antara perkara yang dicadangkan ialah penubuhan jawatankuasa induk bagi melaksanakan konvensyen tersebut yang akan diketuai oleh Timbalan Premier merangkap Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat yang dipengerusikan oleh Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Tambah Nanta, jawatankuasa induk tersebut akan mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan jawatankuasa tertentu yang berkaitan sebagai persediaan penganjuran Konvensyen GPS pada April nanti.

Menurutnya, tema konvensyen berkenaan akan menjurus kepada pencapaian di bawah Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Terdahulu, beliau memaklumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS itu juga perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun dan kali ini turut membincangkan penganjuran konvensyen berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan