ARTIKEL

BERCAKAP… Professor Ir Dr Siti Noor Linda Taib bercakap pada Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak 2025. Photo Mohd Aliff Noni.

Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak 2025: Latih Pelajar Hadapi Risiko Kewangan Digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Susulan peningkatan transaksi digital dan penipuan kewangan dalam talian, UNIMAS hari ini menjalin kerjasama dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Bank Negara Malaysia dalam menganjurkan Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak 2025.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, ia bertujuan melatih pelajar menghadapi risiko kewangan digital secara bijak.

SIMBOLIK… Francis (tengah); Dr Siti (dua kiri) dan Esther (pertama kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak 2025. Photo Mohd Aliff Noni.

“Bertemakan ‘Wang dan Risiko dalam Era Digital’, konvensyen tahun ini sejajar dengan realiti ekonomi digital apabila transaksi kewangan berlaku secara masa nyata, sempadan kewangan semakin kabur dan risiko digital menjadi lebih kompleks.

“Konvensyen ini selaras Strategi Literasi Kewangan Negara 2.0 (NS2) 2026–2030 yang menekankan lima keutamaan utama termasuk pengurusan risiko kewangan, keputusan kewangan bijak, keselamatan kewangan digital, pemberdayaan golongan muda dan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Professor Ir Dr Siti Noor Linda Taib pada Konvensyen Kewangan Siswazah Sarawak 2025 anjuran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Bank Negara Malaysia dan UNIMAS, dekat sini hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Dr Ahmad Hatta berkata, pelajar universiti kini bukan sahaja perlu menimba ilmu akademik, tetapi juga menguasai kemahiran kewangan baru, menilai risiko digital dan membuat keputusan kewangan yang bijak dan beretika.

Justeru katanya, melalui kerjasama strategik tersebut, pelajar berpeluang mendapat pandangan pakar, memahami trend semasa dan menilai dasar kewangan negara secara menyeluruh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di